Monday, December 6, 2010

Selamat Datang ke Blog Taman Beringin, Changlun.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..!



Kepada semua pengujung laman blog ini khususnya seluruh penduduk-penduduk Taman Beringin/Bersatu,Changlun. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta ahli keluarga dan para sahabat sekalian.

Terlebih dahulu saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Taman Beringin, telah mempunyai laman blog untuk dilawati oleh penduduk setempat bagi mengetahui aktiviti taman, maklumat barisan AJK, program –program yang diadakan, gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan dan juga beberapa maklumat yang boleh dimanafaatkan melalui `link’ ke blog yang berkenaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melawat blog taman ini.

Dengan adanya blog ini, Taman Beringin telah mengorak langkah setapak lagi di dalam menyebarkan maklumat dan berita berkenaan segala aktiviti taman yang telah dan akan dijalankan, di samping pengedaran buletin dan sebagainya kepada penduduk setempat. Segala cadangan yang baik berkenaan aktiviti taman bolehlah dikirimkan melalui e-mail di laman blog ini supaya ianya dapat dikaji oleh AJK. Pandangan dan sumbangan tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan kita bersama. Segala kekurangan di dalam blog ini saya ingin memohon ampun dan maaf dan Insya’ Allah akan perbaiki kandungannya dari masa kesemasa. Ucapan terima kasih saya kepada sukarelawan dan AJK yang terlibat di dalam menjayakan laman blog Taman Beringin ini.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Aduan tentang kesesakan dipersimpangan keluar dari Taman Beringin-Bersatu telahpun mendapat perhatian daripada pihak PLUS.

    ReplyDelete